Total Pageviews

Thursday, March 29, 2012

Nilai Sebenarnya Kepingan Jongkong EMAS

Nilai Kepingan Jongkong Emas
Wahai pembaca semua…. Tahukah anda berapakah nilai kepingan jongkong emas?

Tentulah amat bernilai. Mungkin mencecah ribuan ringgit.
Tapi itu hanyalah pendapat orang. Mungkin ada jawapan yang lain. Walau bagaimanapun saya ada satu cerita berkaitan dengan nilai kepingan jongkong emas ini. Mungkin ianya dongeng, tetapi ianya logik untuk kita mempertimbangnnnya.

Al Kisah ada satu cerita seorang yang amat kaya. Memiliki wang dan lain-lain harta yang amat banyak. Disebabkan terlalu banyak beliau telah menukarkan semua hartanya dalam bentuk kepingan jongkong-jongkong emas bagi memudahkannya menyimpan jongkong tersebut di bawah katil tempat tidurnya. Alasannya mudah, jongkong tesebut berada berhampiran dengannya dan kebarangkalian untuk jongkong emasnya hilang adalah sukar.

Dijadikan cerita, pada satu malam orang kaya tadi telah tertidur dengan lenanya disebabkan kekenyangan kerana makan terlalu banyak dengan hidangan yang amat istemewa. Dan pada malam itu jugalah nasib malangnya tiba. Entah macam mana seorang pencuri tidak propesional boleh terfikir untuk masuk dan mencuri semua jongkong emas orang kaya tersebut tanpa disedari oleh si orang kaya tersebut. Untuk makluman si pencuri tersebut sebebarnya langsung tidak mengetahui rumah tersebut dipunyai oleh orang yang amat kaya kerana keadaan rumah yang amat sederhana. (Memang Dah Rezeki Pencuri).

Pada keesokkan harinya, tatkala si orang kaya tadi bangun dari tidurnya, beliau terus melihat tempat simpanan jongkong emasnya. Amatlah terkejut kesemuanya telah hilang. Tanpa membuang masa beliau telah melaporkan perkara ini kepada penghulu kampungnya akan kejadian itu. Dengan tenang Penghulunya bertanya berapakah nilai kesemua jongkong emas yang telah hilang itu. Orang kaya menjawab Jumlahnya 2 juta ringgit.
Mendengar jawapan tersebut, penghulu bangun dan masuk ke dalam rumahnya. Selang tidak berapa lama penghulu keluar semula dengan membawa sekeping batu yang terukir diatasnya tulisan RM 2 Juta lalu diserahkan kepada si orang kaya tersebut sambil berkata ” inilah ganti jongkong emas saudara yang telah hilang, bawalah balik dan simpan ditempat jongkong emas yang yang telah hilang”. Dengan kehairanan dan nada yang marah, si orang kaya berkata “saya mahukan jongkong emas saya yang hilang, bukannya batu yang tak bernilai”!!
Jawab Si Penghulu…. Tiada bezanya Jongkong Emas Anda Dengan Batu Ini Sekiranya Hanya Hendak Disimpan Di Bawah Katil.

Kesimpulannya……
Walaubagaimana banyak pun harta yang saudara ada, tetapi hanya dibiarkan stataik tanpa diguna atau dilaburkan (Disimpan Didalam Tanah) sebanarnya ianya tidak mempunyai nilai walau sesen pun. Oleh itu gunakanlah duit atau harta yang kita ada untuk menggandakannya atau mengambangkannya.

Sumber dari Internet untuk berkongsi bersama

No comments: