Total Pageviews

Tuesday, February 19, 2013

Thursday, February 07, 2013

Anak asset ke syurga atau neraka ?


Sebagai pengkongsian ilmu.

Saya ada menyediakan perkhidmatan SEWA kenderaan. - 019-4797855

Friday, March 30, 2012

Kesihatan berkait dengan pengurusan kewangan anda




Sumber dari Utusan

Oleh DATUK DR. MUSA MOHD NORDIN
(Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi)

“Pencegahan penyakit sejak awal lagi boleh mengurangkan kos perbelanjaan perubatan”

Pelaburan dalam kesihatan anda adalah satu keputusan kewangan yang penting dan bijak.

RAMAI yang sibuk membincangkan tentang krisis ekonomi semasa dan bagaimana kesan kegawatan akan dirasai pada tahun-tahun mendatang.

Di seluruh dunia, syarikat perniagaan mengalami kesan kesempitan kredit manakala individu dan keluarga mereka pula mengkaji semula keutamaan kewangan masing-masing menyebabkan perbelanjaan isi rumah dikurangkan secara ketara, termasuk penjagaan kesihatan.

Dalam keadaan sukar seperti ini, perbelanjaan perlu diuruskan dengan teliti. Tetapi usaha menjimatkan kos kadangkala turut menjejaskan perbelanjaan kesihatan peribadi dan juga keluarga.

Antaranya mengurangkan perbelanjaan mencegah penyakit, membuat keputusan membeli ubat sendiri dan melengahkan keputusan berjumpa doktor apabila sakit.

Masalah kesihatan pesakit lazimnya dikesan pada peringkat lewat atau akhir, menyebabkan pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital serta mendapatkan rawatan perubatan yang berpanjangan dan serta-merta atau menjalani pembedahan besar.

Dalam laporan yang diterbitkan oleh Friend Provident and the Blood Pressure Association, Britain, kajian mendapati, bahawa 56 peratus daripada responden membeli makanan lebih murah sebagai langkah menjimatkan kos, 15 peratus telah mengurangkan perbelanjaan bagi buah-buahan dan sayur-sayuran segar, dan 21 peratus mengurangkan penggunaan gim akibat kegawatan ekonomi.

Tambahan lagi, 27 peratus daripada mereka semakin bimbang, 19 peratus kurang tidur, dan 15 peratus bekerja lebih panjang masa akibat tekanan ekonomi.

Satu lagi tinjauan oleh D2Hawkeye Inc., sebuah firma analisis data perubatan bagi pihak Wall Street Journal menunjukkan bahawa kemelesetan ekonomi telah menyebabkan sesetengah rakyat Amerika membatalkan polisi insurans mereka, dengan harapan mereka dapat menjimatkan premium mingguan untuk perbelanjaan seperti yuran sekolah anak-anak .

Menurut Indeks Keutamaan Membeli Pengguna MasterCard Worldwide yang dilaksanakan buat pertama kali, 70 peratus daripada pengguna rantau Asia Pasifik mengurangkan perbelanjaan budi bicara untuk tempoh 12 bulan akan datang. Makan minum dan hiburan (59 peratus) mendahului senarai, diikuti oleh fesyen dan aksesori (46 peratus), pendidikan kanak-kanak (44 peratus), dan pelancongan peribadi (42 peratus).

Hasil kajian juga mendapati bahawa 60 peratus daripada pengguna di rantau ini menghabiskan lebih 10 peratus daripada pendapatan tahunan peribadi mereka ke atas barangan budi bicara, dengan lebih 11 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka sebelum ini membelanjakan lebih 40 peratus.

Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa ramai yang membuat perubahan ketara terhadap gaya hidup dan amalan hidup akibat kemelesetan ekonomi.

Walaupun tindakan orang ramai menguruskan wang lebih bijak memastikan mereka tidak terlalu boros berbelanja, perkara yang dikhuatiri ialah dalam usaha menguruskan kewangan peribadi dengan lebih baik, masing-masing mengabaikan perkara asas mengenai kesihatan diri dan keluarga mereka seperti pemeriksaan perubatan berkala, pemvaksinan, mengambil makanan sihat dan meneruskan senaman.

Kita sepatutnya menjadikan keadaan ekonomi yang gawat sebagai dorongan untuk membuat perubahan positif kepada amalan gaya hidup tidak sihat. Antaranya merokok, minum arak makan terlalu banyak makanan tidak sihat dan berusaha memupuk tabiat yang memberi sumbangan positif kepada kesihatan.

Jaga kesihatan menerusi pencegahan

Pemvaksinan rutin, pemeriksaan berkala semasa anak membesar dan pemeriksaan perubatan dari semasa ke semasa untuk orang dewasa ialah contoh khidmat penjagaan kesihatan penting yang membantu mencegah dan mengesan penyakit pada peringkat awal.

Walaupun kita tidak dapat mengelakkan sepenuhnya serangan penyakit, dengan kemujaraban ubat moden, banyak penyakit boleh diubati atau gejala dan kerumitannya boleh dikurangkan jika penyakit dikesan pada peringkat awal.

Dengan mencegah kesakitan dan kemudaratan, anda berasa lebih sihat dan gembira, seterusnya meningkatkan semangat dan tenaga anda untuk mengecap nikmat hidup.

“Masalah kesihatan penyakit lazimnya dikesan pada peringkat akhir “

Penjagaan kesihatan menerusi pencegahan ialah satu tindakan proaktif. Ia menggalakkan amalan gaya hidup sihat yang membawa kepada usia lebih panjang dan penyakit yang berkurangan.

Dalam jangka panjang, gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mengelakkan masalah kewangan.

Pelaburan dalam kesihatan anda adalah satu keputusan kewangan yang penting dan bijak. Seseorang boleh membelanjakan jumlah yang kecil setiap tahun untuk menjaga kesihatan ataupun menghabiskan jauh lebih banyak wang untuk pulih daripada penyakit yang boleh dicegah dan kerumitannya.

Bandingkan perbelanjaan kecil menemui doktor dari masa ke semasa dengan kos pembedahan besar, kemoterapi, atau rawatan hospital jangka panjang.

Perbelanjaan besar ini akan melenyapkan seluruh tabungan individu; wang yang sepatutnya digunakan untuk hidup selesa dan mendapatkan perlindungan pada zaman persaraan. Ini sesuatu yang amat malang kerana kebanyakan penyakit ini boleh dicegah.

Penyakit gaya hidup amat berleluasa dan merupakan faktor yang amat membebankan sistem penjagaan kesihatan kita. Individu yang sihat dan keluarga yang mengamalkan gaya hidup sihat boleh meringankan beban berat yang dipikul oleh sektor perkhidmatan kesihatan kita. Ini akan menjadikan perkhidmatan penjagaan kesihatan lebih berkaitan, berkesan dan termampu.

Bagaimanakah cara untuk membuat pelaburan penting ini? Tumpuan kepada enam perkara berikut:
*Pemeriksaan perubatan dan kesihatan secara tetap.

*Pastikan semua pemvaksinan rutin dibuat mengikut jadual.

*Tidak menghisap rokok dan minum alkohol.

*Makan makanan seimbang yang berkhasiat dan semula jadi.

*Bersenam secara kerap.

*Menguruskan tekanan dengan bijak.

“Kesihatan itu harta yang paling berharga.” – Virgil

Thursday, March 29, 2012

Nilai Sebenarnya Kepingan Jongkong EMAS

Nilai Kepingan Jongkong Emas
Wahai pembaca semua…. Tahukah anda berapakah nilai kepingan jongkong emas?

Tentulah amat bernilai. Mungkin mencecah ribuan ringgit.
Tapi itu hanyalah pendapat orang. Mungkin ada jawapan yang lain. Walau bagaimanapun saya ada satu cerita berkaitan dengan nilai kepingan jongkong emas ini. Mungkin ianya dongeng, tetapi ianya logik untuk kita mempertimbangnnnya.

Al Kisah ada satu cerita seorang yang amat kaya. Memiliki wang dan lain-lain harta yang amat banyak. Disebabkan terlalu banyak beliau telah menukarkan semua hartanya dalam bentuk kepingan jongkong-jongkong emas bagi memudahkannya menyimpan jongkong tersebut di bawah katil tempat tidurnya. Alasannya mudah, jongkong tesebut berada berhampiran dengannya dan kebarangkalian untuk jongkong emasnya hilang adalah sukar.

Dijadikan cerita, pada satu malam orang kaya tadi telah tertidur dengan lenanya disebabkan kekenyangan kerana makan terlalu banyak dengan hidangan yang amat istemewa. Dan pada malam itu jugalah nasib malangnya tiba. Entah macam mana seorang pencuri tidak propesional boleh terfikir untuk masuk dan mencuri semua jongkong emas orang kaya tersebut tanpa disedari oleh si orang kaya tersebut. Untuk makluman si pencuri tersebut sebebarnya langsung tidak mengetahui rumah tersebut dipunyai oleh orang yang amat kaya kerana keadaan rumah yang amat sederhana. (Memang Dah Rezeki Pencuri).

Pada keesokkan harinya, tatkala si orang kaya tadi bangun dari tidurnya, beliau terus melihat tempat simpanan jongkong emasnya. Amatlah terkejut kesemuanya telah hilang. Tanpa membuang masa beliau telah melaporkan perkara ini kepada penghulu kampungnya akan kejadian itu. Dengan tenang Penghulunya bertanya berapakah nilai kesemua jongkong emas yang telah hilang itu. Orang kaya menjawab Jumlahnya 2 juta ringgit.
Mendengar jawapan tersebut, penghulu bangun dan masuk ke dalam rumahnya. Selang tidak berapa lama penghulu keluar semula dengan membawa sekeping batu yang terukir diatasnya tulisan RM 2 Juta lalu diserahkan kepada si orang kaya tersebut sambil berkata ” inilah ganti jongkong emas saudara yang telah hilang, bawalah balik dan simpan ditempat jongkong emas yang yang telah hilang”. Dengan kehairanan dan nada yang marah, si orang kaya berkata “saya mahukan jongkong emas saya yang hilang, bukannya batu yang tak bernilai”!!
Jawab Si Penghulu…. Tiada bezanya Jongkong Emas Anda Dengan Batu Ini Sekiranya Hanya Hendak Disimpan Di Bawah Katil.

Kesimpulannya……
Walaubagaimana banyak pun harta yang saudara ada, tetapi hanya dibiarkan stataik tanpa diguna atau dilaburkan (Disimpan Didalam Tanah) sebanarnya ianya tidak mempunyai nilai walau sesen pun. Oleh itu gunakanlah duit atau harta yang kita ada untuk menggandakannya atau mengambangkannya.

Sumber dari Internet untuk berkongsi bersama

Tuesday, March 27, 2012

Bayar Hutang Sampai Mati



Bila tengok tajuk tu... perghhhh takut juga nak berhutang.. tapi hakikatnya memang kena berhutang. kalau tika sampai bila tak boleh beli rumah, hartanah dan sebagainya..lain ler kalau kita memang keturunan yang keluar-keluar dah ada harta dan sejumlah duit yang makan pun takkan habis...

Boleh kita nilaikan/anggapkan memang menceburi bidang hartanah tidak rugi..malah membawa keuntungan bagi mereka yang pandai mengambil peluang yang ada. Sayang bagi masyarakat yang belum nampak kuasa pelaburan hartanah.

Aku masih ingat lagi kata- kata datuk aku dulu...orang dulu-dulu kalau kaya atau senang sudah tentu mereka mempunyai banyak tanah..tapi pada masa tu belum ada lagi rumah-rumah teres. Tapi di sini nak gambarkan hakikatnya sama keadaan dahulu dan sekarang.iaitu Hartanah..malas nak komen sangat sebab aku pun cuma ada satu rumah jer...hehehe. Sebenarnya target tu dah ada setelah pergi seminar Abangensem baru- baru nie . baru nampak cara - cara nak tambah aset hartanah..

laporan seterusnya di kosmo klik disini


Monday, March 26, 2012

Ratio 90 : 10

Semangat membara bila balik dari seminar Hartanah zon Utara anjuran AE dan Tuanbri.. bila semak check balik...kat mana aku sekarang.. Adakah aku dalam golongan 90 atau golongan 10.
Sebenarnya banyak persepsi orang mengenai RATIO 90:10
bagi yang minat perniagaan ratio nie boleh dirujuk seperti Pembuat dengan Pengusaha. Apa itu Pengusaha ( 10 ), Pengusaha ialah seseorang yang dapat mengubah peluang yang tipis kepada peluang yang besar.Ia adalah pemangkin perubahan. Pengusaha hidup pada masa hadapan dan bukannya pada masa lampau serta jarang wujud pada masa sekarang.Dalam bidang bisnes, Pengusaha dikenali sebagai inovator, ahli strategi yang hebat, pencipta kaedah baru dalam menembusi pasaran ataupun mencipta pasaran baru. sentiasa mencari kaedah-keadah untuk menjana kewangan. Manakala. Pembuat ( 90 ) ialah personaliti yang melakukan kerja. Dengan kata lain makan gaji sahaja tanpa memikirkan bagaimana hendak tambahkan pendapatan atau kesenangan. Sekiranya Pengusaha hidup pada masa hadapan manakala Pembuat pula hidup masa sekarang. dia cuma suka melakukan kerja tapi kurang memikirkan masa hadapan.
Berbalik kepada pelaburan hartanah dimana kita( merujuk keapada aku..Huhuhu ) adakah kita golongan 90 yang membeli rumah untuk tempat berteduh atau golongan 10 yang membeli rumah menambahkan aset pelaburan.
bila hadir seminar hartanah baru aku nampak bagaimana nak menambah aset dengan pelaburan hartanah.

Wednesday, March 14, 2012

nilai emas turun lagi

Aku rasakan nilai emas makin menurun. macamana kawan - kawan. Apa perlu buat...jual ...atau beli...
Macam-macam pandangan kalau di tanya kepada pakar emas nie. ada kata beli..sebab nanti emas akan naik semula..ada kata jual sebab emas masih turun....Apa apa pun tepuk dada.. tanya hati...
bagi aku tak perlu jual mahu pun beli..sebab aku tak ada modal.. kalau ada modal lebih tentu aku beli lagi.. nak jual sayang pula mana tahu nanti naik lagi...
Apa pandangan kawan- kawan lain tentang nilai emas yang turun naik nie