Total Pageviews

Thursday, June 30, 2011

Wanita kurang sopan bila pancut susu badan ke anggota syerif

Wanita pancut anggota syerif dengan susu badan
DELAWARE: Seorang wanita yang memancut anggota syerif di sini dengan susu badannya berdepan dengan tuduhan berkelakuan tidak sopan.

Pejabat Syerif di Delaware County berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai pergaduhan antara sepasang suami isteri.

Seorang lelaki mengadu isterinya mabuk selepas minum terlalu banyak di satu majlis perkahwinan dan memukulnya sebelum mengunci diri di dalam kereta.

Syerif menemui wanita berkenaan di dalam sebuah kereta dan cuba memujuknya supaya keluar tetapi dia enggan memberi kerjasama. Apabila mereka cuba menariknya keluar, wanita itu memberitahu mereka, dia ibu yang menyusukan anak. Dia kemudian mendedahkan dadanya sebelum memancut syerif berkenaan dengan susunya.

Pihak berkuasa berkata, Stephanie Robinette dari Westerbille menghadapi tuduhan, termasuk keganasan rumah tangga, menyerang dan berkelakuan tidak sopan.
-Agensi-

No comments: